Malaysia, capital of the United Kingdom Boleh Rapatkan Pasaran Kewangan Islam KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia dan London boleh membuka jalan ke arah merapatkan pasaran kewangan Islam antara Timur dan Barat, demikian menurut gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.Beliau berkata krisis kewangan spheric menunjukkan beberapa kelemahan struktur dan ketidak seimbangan dalam sistem kewangan antarabangsa. Ketika kewangan Islam tidak terjejas daripada kesan persekitaran semasa, prinsip dan nilai Syariah yang mendokong kewangan Islam menyediakan asas yang penting, kata Zeti. Ini diperkemaskan lagi dengan pengukuhan infrastrukur kewangan, regim kawal aturan, kawal selia dan kerangka kerja perundangan serta kemampuan pengurusan krisis, kata beliau pada Sidang Kemuncak Tahunan Kewangan Islam Euromoney Kelapan mengenai Kewangan Islam dan Kestabilan Kewangan Global yang berlagsung dua hari bermula semalam di London. Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini. Semasa kita meredah persekitaran ekonomi semasa dan bersedia untuk kitaran pertumbuhan seterusnya, telah tiba masanya juga untuk meneroka potensi sinergi yang boleh dioptimumkan antara London, pusat kewangan antarabangsa dan Malaysia, hab kewangan Islam antarabangsa, kata Zeti.
Dan dengan berbuat demikian, memanfaatkan kelebihan perbandingan masing-masing dengan itu mengukuhkan hubungan antara pasaran kewangan Islam terutama antara Timur dan Barat, kata beliau. Zeti berkata dengan jumlah aset kewangan Islam global dianggarkan sebanyak AS$700 bilion pada 2007, industri kewangan Islam menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang kompleks dan canggih. Memandangkan ia menjadi sebahagian proses globalisasi kewangan, kewangan Islam bagaimanapun menjadi semakin terdedah kepada implikasi sistemik pembangunan luar, kata Zeti. Dua isu menjadi kepentingan. Pertamanya perkembangan kewangan Islam, potensinya untuk kestabilan kewangan mampan dan keduanya bagaimana kukuh industri...If you want to get a full essay, order it on our website: Ordercustompaper.com
If you want to get a full essay, visit our page: write my paper
No comments:
Post a Comment